Latar Belakang
Latihan Industri adalah merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pengajaran dan pemelajaran di Institut Kemahiran MARA (IKM). Pelajar disyaratkan lulus latihan industri sebelum ianya diperakukan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma. Pelajar akan ditempatkan di jabatan kerajaan atau firma swasta selama 6 bulan (satu semester) bagi mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan yang sebenar serta berbeza dari suasana di IKM.
Pelajar diberi pilihan untuk memohon tempat latihan samada melalui Unit Perhubungan Industri IKM atau membuat permohonan sendiri. Pelajar dikehendaki memohon tempat latihan yang bersesuaian dengan bidang yang dipelajari di IKM.
ULI juga bertanggung jawab untuk memastikan hubungan dua hala di antara syarikat / firma yang menawarkan tempat latihan industri kepada pelajar dengan pihak IKM sentiasa baik dan berterusan.
Objektif
• Membina pesonaliti individu
• Berkomunikasi dengan berkesan
• Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik
• Memberi pendedahan kepada alam pekerjaan
• Menghasilkan laporan latihan industri